SIMPANAN HAJI DAN UMRAH

PERLINDUNGAN PRUBSN UMMAH:-


Jenis-jenis Manfaat:

1)Kematian dan Hilang Upaya Kekal;
Selepas kematian atau hilang upaya kekal,anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan jumlah perlindungan anda (jumlah manfaat takaful). Selain itu,keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2000 (bukan dari wang simpanan anda) sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

2)Wang Perlindungan(jumlah manfaat takaful) Berganda;
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal semasa dalam menunaikan ibadah Haji atau Umrah,wang perlindungan (jumlah manfaat takaful) anda akan digandakan.

3)Badal Haji;
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal sebelum anda berpeluang menunaikan ibadah Haji,pihak kami akan menyumbangkan wang tunai tambahan RM3000 (bukan dari wang simpanan anda) sebagai manfaat Badal Haji kepada penama yang dilantik oleh anda atau pihak ke-3 (Tabung Haji Travel & Service Sdn.Bhd) untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.

4)Manfaat Penyakit Kritikal;
Sebahagian dari jumlah perlindungan (jumlah manfaat takaful) anda akan diberikan sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.Tambahan lagi,kami akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam pelan ini akan berterusan dimana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda.

5)Penulisan Wasiat Islam;
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan penulisan wasiat islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Bhd. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.

6) Pelepasan Cukai Pendapatan Tahunan;
Anda berhak untuk mendapat pelepasan cukai individu terhadap sumbangan anda sehingga RM6000 setahun apabila anda menyertai pelan ini. (tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Produk ini yang terbaik dan sangat lengkap. Jadi,apa lagi yang anda tunggu. Sertai sekarang dan jangan berlengah lagi kerana kita tidak mengetahui akan perkara yang bakal terjadi esok hari. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Oleh itu,rancanglah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.
0 Responses