Kebanyakan dari kita tak berapa faham lagi
pasal konsep takaful, ramai yang mengambil insuran tanpa
melihat plan yang di ambil sama ada berlandaskan kepada syarak atau tidak.
Selalunya kita diperkenalkan oleh ejen insuran dengan polisi yang murah tetapi
sebenarnya tidak sah disisi syarak. Memang ada ejen yang cakap insuran kovensional
pun ada yang islamic, tetapi tidak semua. Kalau dah kovensianal masih ada
jugak investment kepada unsur2 perjudian.
Berbalik kepada insuran kovensional yang islamic, sebenarnya
simpanan kita sahaja yang di uruskan secara islamic tetapi perlindungan
kita masih secara konvensional. Maksudnya duit rawatan yang dibayar
oleh pihak insuran kepada hospital datang daripada investment
yang kita masih lg was2 tentangnya.
Investment utk koventional biasanya akan dilaburkan kepada
perjudian dan arak dan secara tidak langsung menyumbang kepada keuntungan YAHUDI.
Kalau plan takaful, keseluruhan duit dan perlindungan kita diurus dengan sistem islamic. Sebab tu
dalam takaful kita mengamalkan konsep tabarru'. "Menolong sesama islam." maksud disini
duit yang kita bayar secara bulanan itu dianggap sebagai sumbangan untuk
menolong umat islam yang dalam kesusahan.
Dalam kita melakukan simpanan kita untuk perlindungan
kita sendiri, secara tidak langsung kita memperoleh pahala kerana membantu orang
dalam kesusahan.